Tan Sri Zaleha Ismail (duduk) di majlis penerimaan sumbangan barangan mandian dari Johnson & Johnson untuk golongan ibu tunggal, di hotel terkemuka di ibu negara.

KUALA LUMPUR, Mac 2018 – Pengerusi Yasnita, Tan Sri Zaleha Ismail memuji sikap prihatin yang dibuktikan oleh syarikat-syarikat besar yang melaksanakan tanggungjawab masyarakat dengan menyediakan pelbagai bentuk sumbangan untuk golongan yang kurang bernasib baik.

 

Memberi itu suatu tindakan yang murni, tanpa mengira banyak atau sedikit, sumbangan sebegini amat bermakna bagi orang yang menerima, katanya dalam ucapan terima kasih selepas menerima sumbangan 200 beg berisi barangan mandian dari Johnson & Johnson, di ibu negara, baru-baru ini.

 

Acara penyerahan barangan sumbangan Johnson & Johnson dari Pengerusi Yasnita kepada Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS), melalui Pengerusinya, Puan Haziah Haniza Abd Wahab (dua dari kanan) di ibu pejabat Yasnita.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Yasnita untuk diagihkan kepada ahli-ahli persatuan ibu tunggal yang aktif di Lembah Klang.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Zaleha bagi pihak Yasnita telah menyerahkan sebahagian daripada sumbangan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS), Puan Haziah Haniza Abd Wahab.

Menurut Puan Haziah Haniza, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yasnita dan Johnson & Johnson di atas pemberian sumbangan tersebut yang akan dimanfaatkan kepada ahli-ahli PITIWPS.

 

Anggota Pengurusan Yasnita bersama barangan sumbangan Johnson & Johnson untuk diedarkan kepada ahli-ahli ibu tunggal.

Pada masa ini katanya, PITIWPS sedang mengumpulkan seberapa banyak sumbangan daripada pelbagai sumber untuk diagihkan kepada ahli-ahli PITIWPS sempena menjelangnya bulan Ramadan tidak lama lagi.

 

Categories: Berita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up