Yasnita Taja Iftar Dan Sahur Maahad Tahfiz

KUALA LUMPUR, Sabtu 10 Jun 2017: AMNA akan menganjurkan seminar dialog mengenai lelaki sebagai pelindung wanita di Universiti Putra Malaysia, pada 7 Julai depan.

Presidennya, Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan berkata jika seminar pertama hari ini kita bercakap mengenai wanita, akan datang kita akan bercakap mengenai lelaki selaku pelindung wanita.

“Kita ingin memberi penghargaan kepada lelaki atau wira yang tidak didendang yang telah banyak menyumbang menunaikan hak-hak kepada wanita menurut undang-undang Islam,” katanya selepas Seminar Dialog Celik Undang-Undang -Wanita Terpelihara di Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (API-UM).

Seminar itu yang pertama kali dianjurkan bersama oleh AMNA (Association of Muslima in Nurture and Advocacy); PPMM (Persatuan Peguam Muslim Malaysia) dengan kerjasama API-UM, bertujuan membantu wanita mengetahui hak dan tindakan mereka dalam menghadapi kes di Mahkamah Syariah.Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yasnita dan menyifatkan program sebegini dapat memberi semangat kepadanya sebagai seorang pengusaha Maahad Tahfiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *