bootstrap navbar

Program

Mobirise

Pusat Tindakan Wanita
Responsif (PTWR)

Dengan mesej “senyap bukan pilihan”, PTWR membentuk Panel Media YASNITA bagi menggunakan saluran media cetak, media elektronik dan media digital untuk memberi respon terhadap perkembangan semasa berkaitan agenda wanita. PTWR juga memajukan khidmat Klinik Aduan Guaman Muslimah (KAGUM) dan Tabung Kebajikan Wanita (TAKWA) untuk respon terhadap golongan wanita yang kurang bernasib baik, wanita teraniaya, tertindas, tertipu dan di diskriminasi.

Mobirise

Pusat Bina Ekonomi Wanita (PBEW)

Dengan mesej “Ke arah Kestabilan Ekonomi Wanita” PBEW memajukan beberapa inisiatif termasuk Majlis Khas Anugerah Ikonita Niaga, program usahawan urutpreneur, program usahawanita bintang, Akademi YASNITA untuk bina kemahiran, applikasi URBER dan applikasi Wangnita.com

Mobirise

Pusat Ustaz-Ustazah Bina Rohani (PUBR)

Dengan mesej “Ke arah Khaira Ummah”, PUBR menggembling tenaga Ustaz dan Ustazah untuk menjayakan pelbagai inisiatif untuk wanita, anak-anak dan suami mereka. Inisiatif yang dimajukan termasuk Inisiatif Quran@Six, Halaqah Tadarus Muslimah, Skim Bersyukur Sambil Berderma, Video Clip Dakwah YASNITA dan penganjuran atau promosi siri kursus, seminar dan khemah kerja bina rohani.  

Mobirise

Pusat Kerjasama NGO Wanita (PKNW)

Dengan mesej “bersatu kita teguh”, skop kerjasama YASNITA dengan lain-lain NGO Wanita merangkumi aspek pengukuhan institusi, pembangunan dana, pewarisan kepimpinan wanita muda, “showcase” kejayaan wanita dan jaringan global. Inisiatif yang dimajukan termasuk “portal NGO wanita”, diskusi mejabulat, kempen “wanita holistik”, siri forum “Inspirasi Ikon Wanita” , inisiatif “kerjasama swasta-awam”, penerbitan siri buku atau wawancara “Wanita Mithali”, Kelab Pemimpin Muda YASNITA serta Sekretariat Wanita Antarabangsa.

Alamat

No 303A, Lorong Perak,
Taman Melawati,
53300 Kuala Lumpur 

Hubungi

Email: info@yasnita.org.my        
Phone: +60341474033                    

Pautan

YAPIS 
YAPEM 
WATIM