Program Yasnita

PROGRAM 1 : PUSAT KEPIMPINAN WANITA INOVATIF (PKWI)

Kumpulan sasaran utama adalah pemimpin muda di sekolah, pusat latihan kolej dan di universiti, pemimpin wanita di peringkat NGO , Koperasi, Kawasan Kediaman dan Di Tempat Kerja.

Objektif PKWI adalah untuk melahirkan gagasan pemimpin wanita inovatif dan berimpek tinggi.

Fokus aktibiti merangkumi aspek latihan kepimpinan inovatif, bengkel inovasi kepimpinan wanita , pemukiman kepimpinan wanita inovatif dan khidmat pengukuhan institusi untuk NGO dan Koperasi Wanita;

Aturcara Debat, Pidato dan Penganugerahan turut dianjurkan untuk mencungkil bakat bakat kepimpinan wanita khasnya di kalangan wanita muda.
.


PROGRAM 2 : PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA MITHALI (PPKM)

Kumpulan sasaran adalah wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, wanita berkahwin dan ibu tunggal.

Objektif  PPKM adalah untuk melahirkan gagasan keluarga mithali yang memberi penekanan kepada aspek kestabilan rumahtangga, kecemerlangan anak, kesihatan keluarga, kemerdekaan kewangan dan pengamalan nilai-nilai murni kehidupan.

Aktibiti yang dianjurkan termasuk menjalin kerjasama dan memberi input nilai tambah kepada Institusi Sehaluan seperti pengendali kursus perkahwinan, organisasi pembangunan kekeluargaan, institusi pendidikan, dan badan-badan pembangunan kerohanian.

Gerakan pembentukan “Kelab Jiran Wanita” akan dimajukan untuk mewujudkan sistem sokongan pembangunan keluarga mithali di peringkat kawasan kediaman berpaksikan semangat tolong menolong dan bantu membantu sesama wanita yang berjiran.

Khidmat Intervensi seperti Klinik Guaman Wanita dan Pembentukan Kumpulan Bantu Diri turut dimajukan untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran wanita mendepani isu-isu khas  atau krisis kekeluargaan.


PROGRAM 3: PUSAT KEUSAHAWAN WANITA BERDAYASAING (PKWB)

Kumpulan sasaran terdiri daripada Usahawan TERAS Meganita yang sudah berjaya tetapi mahu melipatgandakan kejayaan, Usahawan Wanita SME, Usahawan Wanita On-Line, Usahawan Wanita SOHO, Usahawan Wanita Bermasaalah dan bakal-bakal usahawan wanita.

Objektif PKWB adalah untuk melahirkan gagasan usahawan wanita yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju.

Aktibiti yang dianjurkan termasuk siri Ceramah Ikon Usahawan Wanita untuk berkongsi “pengalaman ke mercu kejayaan”, khidmat Inkubator Usahawan Wanita dan Acara Motivasi “Anugerah Keusahawanan Wanita”.


PROGRAM 4: PUSAT TINDAKAN WANITA PRIHATIN (PTWP)

Kumpulan sasaran adalah Sarjana  Profesional , Usahawan dan Dermawan Wanita yang mahu menyumbang wang ringgit atau kepakaran untuk membantu golongan yang memerlukan.

Objektif PTWP adalah untuk menyerlahkan daya keprihatinan wanita untuk membantu golongan yang memerlukan.

Aktibiti yang dimajukan fokus kepada membantu anak yatim, warga tua, keluarga di dalam konflik atau krisis, ibu tunggal dan sebagainya.

Di antara aktibiti yang dilancarkan termasuk Skim Bersyukur Sambil Berderma, Klinik Guaman Wanita, Tabung Perlindungan Perundangan Wanita, Skim Tajaan Projek Kecemerlangan Anak Yatim, Kempen Jualan Amal dsbnya.