Mengenai Yasnita

Penubuhan

Yayasan Suara Wanita (YASNITA) adalah sebuah organisasi non-profit yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2006. YASNITA dikawalselia oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah manakala urusan pentadbiran harian dikendalikan oleh sebuah Pasukan Pengurusan sepenuh masa.

Operasi YASNITA disokong oleh Panel Penasihat dan Panel Perunding dari dalam Negara dan luar Negara yang dilantik berdasarkan kecenderungan, minat, kepakaran dan pengalaman masing-masing.

YASNITA berkerjasama dengan Institusi dan Kumpulan yang berperanan sebagai “ rakan penyampai perkhidmatan “ (service delivery partners) yang komited untuk berkerjasama dengan YASNITA dari peringkat perancangan, perlaksanaan, promosi dan penilaian projek atau perkhidmatan kelolaan YASNITA.


Misi & Visi

Misi

“Misi YASNITA adalah untuk menjuarai agenda bina upaya wanita menerusi khidmat bina ilmu, pakar rujuk, sumber kewangan dan jaringan strategik.”

Visi

VISI YASNITA adalah untuk diiktiraf sebagai “Hab Sumber Kejayaan Wanita yang memberi fokus kepada dimensi 4K – kepimpinan, kekeluargaan, keusahawanan dan keprihatinan”

Falsafah

YASNITA mendakapi falsafah “ Wanita Bina Upaya Wanita “ di mana gaya hidup “ enau dalam belukar melepaskan diri masing-masing” harus dielakkan oleh setiap wanita dan sebaliknya setiap wanita sewajarnya mengamalkan gaya hidup “ bagaikan aur dengan tebing” yang saling memperkukuh kedudukan masing-masing..

Objektif

Selaras dengan misi yang dilandaskan, maka YASNITA berusaha mencapai objektif berikut :-

  • Melahirkan gagasan pemimpin wanita inovatif dan kreatif di dalam menangani dan menjuarain isu-isu wanita
  • Merangsang wanita ke arah pembinaan keluarga mithali
  • Meningkatkan daya saing usahawan wanita
  • Menggalakkan budaya wanita prihatin untuk membantu golongan yang memerlukan


Paradigma Kejayaan Wanita

Strategi YASNITA

  • Strategi 1 :  Inspirasi

YASNITA berusaha menganjurkan pelbagai aktibiti melibatkan tokoh tokoh yang boleh memberi motivasi dan inspirasi untuk wanita ke arah mendefinasikan kejayaan, merangka pelan tindakan ke arah mencapai kejayaan, melipatgandakan kejayaan serta meraikan kejayaan.

  • Strategi 2 : Informasi

YASNITA memberi keutamaan kepada aspek pengumpulan maklumat dan penyebaran maklumat kerana YASNITA percaya  bahawa “ maklumat itu adalah kuasa” atau “information is power”.

  • Strategi 3 : Ilmu

YASNITA mahu setiap wanita membekalkan diri dengan ilmu secukupnya supaya dapat mendepani cabaran kehidupan secara lebih yakin dan berjaya. Jesteru , YASNITA merintis kerjasama dengan Institusi Keilmuan dan Latihan bagi menawarkan pelbagai kursus yang relevan dengan keperluan wanita di sepanjang kitaran kehidupan mereka.

  • Strategi 4 : Interaksi

YASNITA membuka ruang dan peluang kepada wanita untuk berinteraksi, bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman sama ada menerusi dialog, seminar, bengkel, seminar , persidangan, expo dan acara-acara khas sama ada di peringkat dalam negeri, serantau mahupun peringkat antarabangsa.

  • Strategi 5 : Intervensi

YASNITA komited menyediakan mekanisma intervensi bagi membantu wanita menangani isu-isu dan permasalahan sama ada menerusi unit bergerak atau pendekatan klinikal seperti klinik Undang-Undang , Klinik Kaunseling dan sebagainya.

  • Strategi 6 : Inovasi

YASNITA menggalak ekplorasi dan implementasi idea-idea baru, perspektif baru dan pendekatan baru untuk menangani agenda ke arah bina upaya wanita menuju kejayaan di dalam pelbagai dimensi kehidupan.


Organisasi

Kerangka organisasi YASNITA terdiri daripada komponen berikut :-

Penaung yang dilantik di kalangan tokoh mithali masyarakat yang dihormati

Panel Penasihat Antarabangsa YASNITA yang dilantik berdasarkan pengalaman dan kepakaran . Peranan Ahli Panel Penasihat Antarabangsa adalah untuk membantu YASNITA menjalin kerjasama dengan individu dan institusi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Sekretariat Tetap sepenuh masa yang dipimpin oleh Pengarah Eksekutif serta ditugaskan untuk mengelolakan urusan program dan pentadbiran YASNITA secara harian.

Panel Pakar Rujuk yang dilantik di kalangan Akademia , Profesional dan Usahawan Tempatan. Peranannya adalah untuk memberi input berasaskan bidang kepakaran masing-masing bagi memperkukuhkan proses perancangan dan perlaksanaan program YASNITA.

Lembaga Pengarah YASNITA yang dipimpin oleh Pengerusi dan dibantu oleh Pengarah Eksekutif, bertanggungjawab menetapkan halatuju umum, menetapkan dasar organisasi, merancang dan melaksanakan program YASNITA serta berurusan dengan semua pihak bagi memastikan setiap usaha YASNITA mendapat kerjasama dan sokongan yang sewajarnya.


Partners