Institusi Sokongan

AKADEMI KERJASAMA STRATEGIK YASNITA (AKSY)

AKSY ditugaskan untuk menjalin kerjasama dengan organisasi sehaluan bagi menjalankan kajian, mengelolakan pengakalan data, penerbitan serta menganjurkan persidangan, kempen , perkhidmatan dan acara khas bagi memajukan agenda “ bina upaya wanita” sama ada sebagai pemimpin, ibu, usahawan mahupun dermawan.

DIGITAL ECONOMIC WOMEN INSTITUTE (DEWI)

DEWI ditugaskan untuk mengendalikan aktibiti latihan kemahiran digital untuk wanita, mewujudkan dan mempromosi aplikasi digital bagi manfaat Wanita, menyediakan premis E-Rezeki untuk menambahkan pendapatan suri rumah menerusi aktibiti ekonomi digital, meningkatkan dayasaing usahawan digital wanita serta mengurniakan anugerah kepada “personaliti ekonomi digital wanita “ sebagai menghargai sumbangan dan prestasi mereka berkaitan dasar dan aktibiti ekonomi digital.

WOMEN INTERNATIONAL SECRETARIAT (WISE)

WISE kelolaan YASNITA diwujudkan untuk menjadikan Malaysia sebagai “ hab kerjasama wanita global” menerusi pertukaran maklumat dan kepakaran berkaitan “amalan terbaik” dan “perkongsian kisah kejayaan”yang boleh dijadikan pedoman oleh organisasi yang terlibat memajukan agenda bina upaya wanita ke arah kejayaan.

WISE akan memajukan portal jaringan NGO Wanita Antarabangsa mengikut bidang pengkhususan (kekeluargan, kerjaya, perniagaan atau wanita muda) , menganjurkan Forum , EXPO dan Persidangan Antarabangsa melibatkan personaliti wanita berpengaruh di arena global serta mengelolakan Skim Zamalah Kepimpinan Wanita Muda Global bagi memupuk “kepimpinan berorientasi global di kalangan pemimpin wanita muda di masa hadapan”.