Berita

ORKEED HUFFAZ SERBA KONDUSIF

KAJANG, Jumaat 2 Jun 2017: Maahad Tahfiz Orkeed Huffaz menyediakan persekitaran yang kondusif dan tidak mahu dianggap sebagai sekolah pondok yang serba kekurangan.

Pengetuanya, Puan Nurnadhrah Mohamed Yunos berkata pihaknya mahu menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap imej sekolah tahfiz dengan menyediakan kemudahan yang selesa kepada murid-muridnya.

Beliau yang juga seorang hafiz rasa terpanggil untuk mengusahakan sebuah maahad tahfiz, dengan menyewa sebuah banglo di Taman Desa Mekar, Sungai Merab sejak tahun 2015.

Dinamakan Orkeed Huffaz supaya sinonim dengan wanita, maahad tahfiz itu menempatkan 20 pelajar perempuan sepenuh masa dan 4 lagi sambilan. Ibubapa dibenarkan datang melawat anak-anak mereka setiap dua minggu sekali.