Berita

Happy Vesak Day 2017


Selamat menyambut Hari Wesak 2017 kepada penganut agama Buddha. Hari Wesak merupakan salah satu acara kebesaran agama yang penting disambut oleh penduduk Malaysia beragama Buddha.

Di Malaysia, sambutan secara besar-besaran acara keagamaan adalah sesuatu yang lumrah. Ia merupakan manifestasi dasar kebebasan agama yang diamalkan di negara kita bersesuaian dengan hakikat bahawa masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

Hari Wesak disambut untuk memperingati beberapa acara penting di dalam kehidupan pengasas agama Buddha,Gautama Buddha. Namun yang lebih utama ialah gesaan terhadap melakukan kebaikan sesama insan dan menjalankan kerja-kerja amal. Ini telah dilakukan dengan baik oleh penganut-penganut agama Buddha di Malaysia.