Berita

“wanita menjunjung separuh langit ” – Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha

Jasa seorang ibu tiada tolak bandingnya dan tidak terbalas dengan kata-kata. Sebagai seorang insan bergelar anak, ini adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ibu selagi mereka masih bernyawa dimuka bumi ini. Sesungguhnya, pengorbanan seorang ibu adalah sangat besar dan tidak ternilai. Untuk info, perayaan untuk meraikan jasa seorang ibu di Malaysia jatuh pada setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei 2017. Ini bermakna, negara kita Malaysia akan menyambut perayaan hari ibu pada Ahad 14 Mei 2017.