Berita

The National Council of Women’s Organisations Malaysia (NCWO)

27 Mac 2017 Isnin

Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia atau lebih dikenali sebagai The National Council of Women’s Organisations Malaysia  (NCWO) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1962 untuk bertindak sebagai badan perundingan dan khidmat nasihat untuk meningkatkan status wanita dan penyertaan mereka dalam pembangunan negara. Ia mempunyai 125 ahli gabungan, yang bertindak sebagai organisasi bebas dan berdaya maju mengikuti program mereka sendiri, dan kerjasama mereka meminjamkan kekuatan dan perpaduan kepada NCWO. Hari ini NCWO telah menerima kunjungan dari Yayasan Suara Wanita serta Stellavingze International yang bertempat di Syeksyen 14, Petaling Jaya. Di dalam pertemuan tersebut turut membuat persetujuan untuk membina jalinan kerjasama yang strategik. Berkongsi Ideologi untuk melahirkan lebih ramai wanita-wanita yang berjaya.