Berita

Inspirasi Wanita Terbilang Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze International

Belum terlewat lagi rasanya untuk  ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang setiap tahun di sambut pada 8 March  meraikan sambutan Hari Wanita anjuran Stellavingze International di Menara Melilea Bangsar South bersama- sama dengan Puteri Umno Lembah Pantai. Majlis yang berprestij di hadiri oleh semua wanita- wanita hebat yang sudi berkongsi pengalaman sebagai wanita Berjaya. Perkongsian hebat seharusnya dihargai kerana jasa dan idea yang dikongsi sangat berharga dalam memajukan ekonomi, social dan dunia intelektual negara. Figura wanita hebat bukan hanya menguruskan rumahtangga malah boleh berjaya setanding kaum lelaki di luar sana.

Hebatkan semua wanita?

Bukan mudah menjadi seorang wanita apabila semua tanggungjawab lebih tergalas di bahu mereka. Mereka lah Ibu, ayah, pendidik, penjaga malah semua jawatan yang ada di dunia ini disandang oleh wanita. Wanita yang bertungkus lumus memastikan keluarga dan rumahtangga cukup segalanya, makan pakai terjaga malah tanggungjawab memantau pembesaran anak juga digalas. Sebab itu wanita sangat istimewa.Wanita juga insan yang dipertanggungjawabkan mencorak kehidupannya.
Betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang wanita kan.

Oleh itu pihak Stellavingze International menampilkan tokoh- tokoh wanita berjaya dalam sesi bual bicara pada malam tersebut. Tokoh Wanita yang dijemput ialah:

  1. Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  2. Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah   Pantai
  3. Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International
  4. Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi ‘influencer’ dan contoh akhlak serta budi yang baik.

Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi

Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.