Berita

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheras

Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras ialah sebuah rumah perlindungan untuk orang-orang tua (warga emas) telah menerima kunjungan dari Yayasan Suara Wanita (YASNITA) bersama pengerusinya Tan Sri Darin Paduka Seri hajjah Zaleha Ismail. Timbalan Penguasa, Puan Rohaida menjelaskan Penghuni warga emas yang mendaftar masuk adalah sukarela bermula dari umur 60 tahun dan keatas.
Kemasukan dan pengambilan penghuni Rumah Sri Kenangan ini diuruskan sendiri oleh pihak Daerah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia boleh menempatkan 336 kapasiti penghuni dalam satu masa. Pihak pengurusan juga hanya menerima penghuni yang boleh menguruskan diri sendiri, tiada penyakit berjangkit, tiada waris atau ahli keluarga. Seramai 178 orang peghuni setakat 1 Mac 2017.
Pendaftaran kemasukan adalah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap daerah. Pelbagai kaum yang menghuni di RSK menjadikan mereka sebuah keluarga yang besar tanpa mengira bangsa dan agama. Pelbagai latar belakang dari setiap penghuni antaranya tidak mempunyai saudara mara, ada yang masih mempunyai keluarga tetapi terabai.
Kawasan yang luas serta tempat yang selesa ini dibina pada tahun 2010. Seramai 178 orang penghuni setakat 1 mac 2017. Antara perkhidmatan yang disediakan di RSK ialah jagaan dan perlindungan, bimbingan dan kaunseling, aktiviti rekreasi, rawatan perubatan, terapi cara kerja dan fisioterapi.
Antara rutin harian yang dilakukan oleh warga emas ini adalah seperti senaman pagi dan selepas itu penghuni yang beragama islam akan ke surau untuk melakukan solat dhuha serta ceramah. Penganut Kristian akan dibawa ke gereja oleh kakitangan RSK. Selain aktiviti yang diaturkan oleh kakitangan RSK, penghuni di sini juga turut mencari peluang menjana pendapatan sendiri dengan membuat barangan kraftangan seperti tudung saji, gelang manik, tasbih dengan menggunakan barangan terpakai. Puan Rohaida turut menyeru masyarakat untuk menyumbangkan ilmu-ilmu kraftangan kepada warga emas disini agar mereka dapat menghasilkan barangan kraftangan yang lebih berkualiti bagi menampung perbelanjaan untuk diri mereka sendiri.