Berita

BENGKEL PEMANTAPAN URUTPRENEUR

17 Oktober 2015 pihak Yayasan Suara Wanita (Yasnita) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Urutpreneur bertempat di Pejabat Urusan Yasnita, Taman Melawati. Bengkel satu hari tersebut disertai peserta-peserta yang mempunyai minat tinggi & berkelayakan daripada Kursus Urutpreneur Siri 8.

Bengkel dimulakan dengan sesi menjawab soalan yang disediakan oleh Puan Mazidah Ghazali (Konsultan Yasnita) untuk menguji minda peserta berkaitan dengan istilah-istilah yang digunakan dalam perubatan tradisional. Peserta diajar langkah demi langkah cara untuk melayan pelanggan, cara percakapan, cara pemakaian dan teknik-teknik urutan dengan lebih terperinci. Teknik urutan yang diajar termasuklah urutan sengkak iaitu urutan untuk menaikkan peranakan serta beberapa lagi urutan yang berkaitan dengan pemulihan dalaman wanita terutama sekali wanita selepas bersalin. Puan Mazidah Ghazali (Konsultan Yasnita) sempat mengajar cara-cara/teknik-teknik pemasaran yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi masa kini.

Pihak Yasnita berharap peserta Bengkel Pemantapan Urutpreneur tidak mensia-siakan pengetahuan yang telah diberi serta dapat memahirkan/menambah baik teknik yang telah sedia ada.