Berita

YASNITA BERSAMA PITU

BUKIT BERUNTUNG, 5 Julai 2015 – Yayasan Suara Wanita (Yasnita) telah berkunjung ke Persatuan Ibu Tunggal (PITU) yang bertempat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Bukit Sentosa.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Zuraini Mohd Ayup selaku Pengerusi PITU. Kemudian diikuti dengan penerangan mengenai Yayasan Suara Wanita (Yasnita), aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta saluran-saluran yang boleh dihubungi seperti MARDI & FAMA bagi membantu mereka yang memerlukan kursus contohnya. Penerangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Yasnita iaitu Cik Azween Zakaria.

Semasa penerangan tersebut, risalah Yasnita turut diedarkan kepada ahli PITU supaya penerangan yang diberikan dapat difahami dengan lebih jelas.

Majlis diteruskan dengan pengedaran borang keahlian kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal (PITU). Melalui borang tersebut, Yasnita dapat mengenal pasti keperluan ibu-ibu tunggal di Bukit Beruntung dan dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi membantu mereka.

Ahli Persatuan Ibu Tunggal (PITU) turut diberikan cenderamata setiap seorang selepas borang keahlian diserahkan semula kepada pihak Yasnita.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengah hari.