Berita

YASNITA BERSAMA PITIWPS

GOMBAK, 28 Jun 2015 – Yayasan Suara Wanita (Yasnita) telah menghadiri Program Feqah & Bahasa Arab anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS) bertempat d Pusat Komuniti Gombak Setia.

Sebelum program dijalankan, sesi pendaftaran diadakan bagi mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan untuk Program 1 Keluarga 1 Usahawanita. Sesi pendaftaran tersebut dibantu oleh ahli Skuad Sukarelawan Siswi (di bawah Yasnita).

Program dimulakan dengan ceramah feqah dan bahasa arab yang disampaikan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Semasa program tersebut, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail selaku Pengerusi Yasnita turut hadir bagi menyerikan lagi majlis.

Ahli Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PITIWPS) turut menerima dua pasang baju kurung setiap seorang tajaan Universiti Putra Malaysia (UPM). Selain itu, makanan untuk berbuka puasa turut diberikan kepada ahli PITIWPS.

Program yang bermula pada jam 11.00 pagi berakhir pada jam 2.30 petang dengan diiringi sesi temu ramah dari wakil media bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail.