Berita

DELEGASI YASNITA KE SINGAPURA

Singapura, 5, 6 & 7 Mac 2015 – Yayasan Suara Wanita (Yasnita) mengadakan Program Mobiliti Kembara Trasformasi Wanita Malaysia – Singapura dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar  UKM, Kumpulan Penyelidikan SNOWE & Delegasi Wanita Pasir Gudang.

Persatuan Pemudi Islam Singapore (PPIS) & Singapore Council of Women’s Organisation (SCWO) dipilih oleh Yasnita bertujuan bertukar pendapat dan pandangan mengenai keadaan wanita pada zaman sekarang. Kerjasama pada masa akan datang turut dibincangkan.