Berita

TERIMA KASIH WANITA UMNO PARLIMEN PASIR GUDANG

Terima kasih daun keladi kepada delegasi Wanita UMNO Parlimen Pasir Gudang kerana sudi berkunjung ke Yayasan Suara Wanita bersempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Perjumpaan/taklimat ini telah diadakan pada 26 November 2014 di Seksyen 9 Bangi. Seramai 120 orang Wanita UMNO Pasir Gudang mengikuti taklimat tersebut.

Setelah sesi taklimat tamat, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berjumpa serta bergambar bersama Pengerusi Yasnita iaitu Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail.

 

10407147_1514146085502907_783755667672559278_n (1)