Berita

YASNITA MENGADAKAN LAWATAN MUHIBAH KE SME CORP!

Pada 17 Oktober 2014, Yayasan Suara Wanita (YASNITA) telah mengadakan satu lawatan muhibah/sesi kunjungan hormat ke SME Corporation Malaysia.

Melalui kunjungan hormat ini, pihak YASNITA berharap dapat menjalinkan satu usaha sama dengan pihak SME Corp di mana        YASNITA – SME Corp bergandingan dalam satu aktiviti pada masa akan datang.

Yang Berbahagia Dato’ Hafsah Hashim, CEO SME Corp tidak dapat hadir tetapi telah diwakili Puan Sharifah Najwa Syed Abu Bakar. Beliau merupakan Pengarah Penyelaras Program (Wanita dan Sekretariat Kerjasama Antarabangsa).

Taklimat mengenai SME Corp telah dibentangkan oleh beliau manakala Cik Yadz Haruddin mewakili pihak YASNITA. Selain Tan Sri Zaleha, lawatan tersebut turut dihadiri sembilan kakitangan pengurusan dan Ahli Lembaga Eksekutif YASNITA.