Berita

PROGRAM JARINGAN SARJANA WANITA YASNITA-UKM

yasnita1yasnita2(Sumber Gambar: UKM News Portal)
 

Sekali lagi Bilik Tele-Sidang, UKM-GSB dipilih untuk menganjurkan sesi taklimat Jaringan Sarjana Wanita Yasnita – UKM pada 18 November 2014. Program Jaringan Sarjana Wanita UKM – Yasnita ditubuhkan untuk mengumpulkan sarjana wanita yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran sekaligus dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Matlamat akhir program ini adalah untuk mewujudkan Majlis Sarjana Wanita (MASNITA). Selepas UKM, program Jaringan Sarjana Wanita akan diteruskan merentasi IPTA-IPTA lain di seluruh Malaysia. Program pada kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 20 orang sarjana wanita UKM.

Antara isu yang dikupas adalah keterlibatan golongan kurang upaya/orang kelainan upaya (OKU) dalam membantu kepada pembangunan sosial ekonomi. Ternyata kami mempunyai misi & visi yang sama iaitu memperkasakan wanita. YASNITA berharap dapat berganding bahu dengan PKWTFH dalam menjalankan aktiviti pada masa depan.