Berita

YASNITA & ZURRIYAT BEKERJASAMA DI MICF

10519203_1513396298911219_8405441697158865390_n

 

Yasnita dengan kerjasama Zurriyat berkolaborasi mengadakan pameran MUM (Mom United Movement) bersempena Malaysian Islamic Children Fair (MICF) di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 21 – 23 November 2014.

Ketika festival tersebut berlangsung selama 3 hari, kami berjaya mengumpulkan maklumat ibu-ibu khususnya yang bekerjaya serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, mereka juga turut memberi cadangan dan penambahbaikan untuk aktiviti yang bakal dilaksanakan YASNITA pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti lain turut berlangsung termasuklah bergambar bersama keluarga masing-masing di ‘photo booth’. Atas kerjasama yang telah diberikan oleh pengunjung, pihak YASNITA telah memberikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan terima kasih.