Berita

YASNITA MENYERTAI FORUM YANG DI KENDALIKAN OLEH PROFESSOR DARI KOREA

Poster-Wacana2-1024x724(Sumber Gambar: Laman sesawang Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim)

Pada 4 November 2014 yang lalu, bilik mesyuarat Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah dipilih sebagai tempat untuk mengadakan forum yang bertajuk ‘Changes in Daily Lives and Housing Consciousness of Korean Women after Modernization’.

Forum pada kali ini akan diketuai dan dibincangkan oleh Prof. Hong Hung Ock, memperoleh kelulusan PhD dari Kyung Hee University yang berada di Seoul, Korea.  Ramai yang menghadiri forum berkenaan termasuklah wakil dari Yayasan Suara Wanita (YASNITA) iaitu Cik Azween Zakaria yang tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini.

Antara intipati forum mengisarkan perbandingan kehidupan wanita di Korea sebelum dan selepas zaman modenisasi. Turut dipaparkan pelan rumah masyarakat Korea sebelum era 40-an iaitu wujud ruang / kawasan di dalam rumah yang memisahkan pasangan. Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki ruangan terbabit.

Namun, sejajar dengan era permodenan, tradisi tersebut tidak lagi diguna pakai. Pada masa kini, kaum wanita di Korea bebas memiliki rumah persendirian dan berkongsi ruangan dengan pasangan masing-masing.