Berita

YASNITA DI KLIFF 2014

10336634_1513379828912866_139839561477967831_n

 

Bertempat di Hotel Istana telah diadakan Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF 2014). Forum yang berlangsung pada 11 – 12 November 2014 ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Dr Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Forum telah dihadiri oleh pelbagai agensi dan syarikat dari Malaysia dan Luar Negara. Dengan berteraskan perbankan islam, forum terbabit berjaya menarik ramai peserta dari pelbagai bidang kepakaran untuk sama-sama menimba ilmu dan kefahaman mengenai perbankan islam secara amnya dan penerapan dalam konteks Malaysia khususnya.

Wakil dari YASNITA juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri forum dua hari ini yang berkisarkan kewangan. Antara wakil yang hadir ialah Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA) iaitu Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail serta beberapa lagi kakitangan atasan YASNITA.